Datanglah Semangat

30 Mei 2012

REMAJA OH REMAJA (khusus untuk belia remaja)

Dirimu adalah generasi belia
Dirimu adalah tunggak negara
Dirimu adalah harapan bangsa
Dirimu adalah pewaris negara
Dirimu juga bakal pemimpin negara

Remaja oh remaja
Dirimu akan meniti dewasa
Perjalanan hidupmu semakin penuh berliku
Onak dan ranjau perlu kau lewati
Hadapilah dengan penuh titik kesabaran
Jadikan hidup Rasulullah S.A.W sebagai ikutan
Kerana baginda adalah sebaik-baik contoh teladan

Remaja oh remaja
Diusiamu ini
Hati-hati milikmu akan berlaga-laga
Mana jalan yang harus diikuti
Mana jalan yang patut dihindari
Semuanya terletak di tanganmu
Kau yang berkuasa memandu dirimu sendiri
Tatkala syaitan cuba berbisik
Jangan kau mudah terpedaya
Jangan mudah kau tertewas
Ingatlah kau masih ada akal fikiran yang waras
Bertindaklah mengikut akal yang diberikan Tuhan

Remaja oh remaja
Ikutilah diari Nabi Muhammad S.A.W
Bagaimana perjalanan hari-harinya
Bagaimana baginda menangani hidupnya
Bacalah sedalam-dalam kisahnya
Pasti kau akan menemui penawarnya
Untuk menjadi generasi belia
Untuk menjadi tunggak negara
Untuk menjadi harapan bangsa
Untuk menjadi pewaris negara
Untuk menjadi bakal pemimpin negara
Yang terbaik di masa akan datang!!!

19 Mac 2012

Syair ~ Pesan Guru


Wahai anak cikgu sayangi,
Dengarlah nasihat cikgu ini,
Jaga kebersihan jati diri,
Buat pegangan sepanjang hari.

Waktu belajar sudah bermula,
Cikgu mengajar bab ketiga,
Dengar sini anakku semua,
Rajin-rajinlah basuh muka.

Belajar sivik dan kewarganegaraan,
Tentang nilai sifat kemanusiaan,
Anak-anakku pejuang sekalian,
Jadilah warga utamakan kebersihan.

Loceng berbunyi tanda rehat,
Tidak tertahan melihat gelagat,
Pilih makanan yang berkhasiat,
Agar kamu sihat walafiat.

Masuk semula dalam kelas,
Ulangi kembali pelajaran lepas,
Mengingati fakta dengan jelas,
Ingat! Mandi jangan malas.

Berakhir sudah pembelajaran kita,
Cikgu doakan kamu semua,
Moga dapat menerima segalanya,
Ilmu disampaikan gunalah ia.

Seloka


Kami sekeluarga tinggal di Selama,
Pergi ke lombong mencari timah,
Mari kita bersama-sama,
Bergotong royong membersihkan rumah.

Pergi ke lombong mencari timah,
Timah dipajak di pasar seni,
Bergotong royong membersihkan rumah,
Rumah bersih hidup harmoni.

Timah dipajak di pasar seni,
Ditukar dengan barang kemas,
Rumah bersih hidup harmoni,
Boleh bernafas tidak lemas.

Ditukar dengan barang kemas,
Untuk diberi kepada isteri,
Boleh bernafas tidak lemas,
Rumah bersih pasti berseri.

Pantun empat kerat


Pergi kedai beli rempah,
Untuk dibuat kuah impit,
Janganlah adik membuang sampah,
Nanti Tuhan jatuhkan sakit.

Bermain-main di tepi paya,
Bersambung pula di tepi perigi
Nyamuk aedes mengundang bahaya,
Boleh membawa penyakit denggi.

Ikan keli dalam kuali,
Digoreng dengan minyak masak,
Marilah adik kita sekali,
Bersama-sama mengcangkul semak.

Hidup berjiran jangan sombong,
Eratkan silaturrahim sesama insan,
Bersama-sama bergotong- royong,
Membersihkan kawasan rumah jiran.

04 Mac 2012

Pantun dua kerat

Mencuba mencipta puisi kanak-kanak. Pantun ni disediakan untuk tugasan ASASMU (Angkatan Sasterawan Muda). Saya buat tema kebersihan. Entah bersangkut paut atau tak? Kawan-kawan cubalah komen. Bagi betulkan kalau salah... komen kawan-kawan membina semangat saya. hehehe...


Pergi perpustakaan pinjam buku,
Jaga kebersihan amalkan selalu.

Baca buku ingat bonda,
Potong kuku kuman tiada.

Ikan keli atas rakit,
Gosok gigi elak penyakit.

Ikan keli dalam kuali,
Kalau mandi dua kali sehari.

Sayur kangkung  adik suka
Air bertakung aedes lagilah suka.

Tanam keladi tepi paya,
Wabak denggi mengundang bahaya.

Kanak-kanak berlari-lari,
Elakkan wabak penyakit denggi.

Menjaga kebersihan dapat pahala,
Jadi amalan buat kita.

23 Februari 2012

Salah Jatuh Cinta

Degupan jantung berdetak
Saat mataku kali pertama melihat dirimu
Tanpaku sedari
Hati ini telah jatuh cinta

Kali kedua
Kita bersua muka
Tak ku lepaskan peluang yang ada
Meluahkan apa yang ku rasa
Ooo... Ooo...

Cintaku utuh padamu
Bagai cinta romeo dan juliet
Kau permata yang ku sayangi
Sampai kasih syurga kita

Namun...
Hujan tidak sampai ke petang
Malam itu
Kau tinggalkan aku selamanya

Hancur berderai hati ini
Saat kau pinta perpisahan
Tega kau mengkhianati cintaku

Cintaku utuh padamu
Bagai cinta romeo dan juliet
Kau permata yang ku sayangi
Sampai kasih syurga kita

Namun...
Hujan tidak sampai ke petang
Malam itu
Kau tinggalkan aku selamanya

Seluruh jiwa raga
Ku persembahkan
Hanya untukmu.... Sayang

Tapi,
Akhirnya
Serpihan hati kita
Hancur berderai
Yang tak bisa untuk bersambung lagi

Lirik : Efida SAbanie (Hak Cipta Terpelihara)

Mengapa Kau Pergi

Mengapa kau pergi
Sebelum sempat aku meluahkan
Isi hatiku

Mengapa kau pergi
Di saat aku memerlukan
Dirimu

Mengapa kau harus pergi
Meninggalkan aku
Yang tersangat menyintaimu
Oooo.... Oooo....

Wahai sayang
Apa salah diriku
Hingga kau buat aku begini
Sampai hati kau tinggalkan aku sendiri

Wahai sayang
Pulanglah ke sisiku
Aku memerlukanmu
Aku tak bisa hidup tanpa kau di sisi

Pulanglah sayang
Aku menantimu
Walau berjuta tahun
Ku tetap menyintaimu
Sepenuh hati dan jiwa ragaku

Lirik : Efida Sabanie (Hak Cipta Terpelihara)

Maafkan Aku

Maafkan aku
Tak bisa menerimamu
Walau aku
Tersangat menyintaimu

Janganlah kau tanya kenapa
Hati ini tak mampu untuk mengatakannya
Janganlah kau paksa diri ini
Jangan kau buat aku rasa bersalah

Aku mahu kau tahu
Kaulah yang aku cintai
Selama hidup ini
Tapi aku tak mampu 
Mempertahankan cinta kita

Kau kembalilah pada dirinya
Gadis yang menyintaimu
Dia lebih baik dariku
Pasti dia akan membahagiakanmu
Pasti kau juga akan bahagia
Bersama dengan dirinya

Janganlah kau ungkit janji kita
Janji itu tak mampu ku tepati
Maafkan aku
Sepuluh jari ku mohon ampun
Lupakanlah kenangan kita
Walau pahit untuk kau telan
Itu yang sebaiknya

Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Tak bisa menerimamu
Ku doakan kau selalu bahagia
Bersama dengannya hingga ke akhirnya

Lirik : Efida SAbanie (Hak Cipta Terpelihara)

Tak pernah berubah

Hari- hari,
Ku ternanti-nanti,
Dia datang ke mari,
Membawaku seribu erti.

Dari dulu sehingga kini,
Hatiku begini,
Tak pernah berubah hati,
Janganlah kau marah lagi.

Ku sedar diri,
Siapalah diri ini,
Hingga kau keras hati,
Untuk tidak memaafi
Diri ini.

{Cuba kau muhasabah diri,
Apa yang telah kau lukai hati ini,
Sampai kini masih ku ingati
Kata-katamu yang menusuk hati}

{Jiwa ragaku persembahkan untukmu
Seluruh hidupku hanya dirimu
Tapi semuanya kau
Hohohoo...
Hancuri dengan belati tajammu}

Saat itu,
Fikiranku bercelaru
Tiada niatku
Mengatakan kau begitu

Maafkan aku....
Terimalah aku...
Seribu kali ku
Minta maaf padamu

Maafkan aku...
Sujudku padamu
Minta kau terimaku
Bagai waktu dulu

Rendahkanlah hatimu
Dalam memaafiku
Terimalah aku
Aku benar-benar cinta padamu (3x)

Lirik : Efida SAbanie (Hak Cipta Terpelihara)

Ku takkan melepaskanmu


Apa salahku?
Cuba kau beritahu
Kenapamu pintaku melepaskanmu
Sedangkan kau tahu ku sayang sangat padamu.

Tak dapat ku terima
Alasanmu hanya sia-sia
Ku takkan lepaskanmu begitu saja
Kerna ku mencintaimu selamanya.

Sudah lupakah pada janji kita
Untuk hidup bersama
Walau badai melanda
Kita tetap setia.

Apa sudah jadi kini?
Tiba-tiba kau berubah hati
Apa salah diri ini
Sehingga kau ingin mungkiri janji

{sayang.... Kau tiada salah apa-apa
Cumaku rasa hubungan kita
Tidak akan ke mana-mana}

{cuba kau fikir sedalamnya
Aku miskin kau kaya
Kau permata aku hanya kaca
Tidak sesuai untuk bersama}

Alasanmu tidak munasabah
Dari dulu ku katakan
Ku tidak kisah
Harta bukan jaminan
Untuk mendapat kebahagiaan

{huh... Sayang
Please mengerti ya! ya! ya!}

Tidak!!! Itu tekadku
Sampai bila-bila ku mahu
Kau sentiasa di sampingku

Lirik : Efida SAbanie (Hak Cipta Terpelihara)