Dirimu
adalah tunggak negara
Dirimu
adalah harapan bangsa
Dirimu
adalah pewaris negara
Dirimu
juga bakal pemimpin negara
Remaja
oh remaja
Dirimu
akan meniti dewasa
Perjalanan
hidupmu semakin penuh berliku
Onak
dan ranjau perlu kau lewati
Hadapilah
dengan penuh titik kesabaran
Jadikan
hidup Rasulullah S.A.W sebagai ikutan
Kerana
baginda adalah sebaik-baik contoh teladan
Remaja
oh remaja
Diusiamu
ini
Hati-hati
milikmu akan berlaga-laga
Mana
jalan yang harus diikuti
Mana
jalan yang patut dihindari
Semuanya
terletak di tanganmu
Kau
yang berkuasa memandu dirimu sendiri
Tatkala
syaitan cuba berbisik
Jangan
kau mudah terpedaya
Jangan
mudah kau tertewas
Ingatlah
kau masih ada akal fikiran yang waras
Bertindaklah
mengikut akal yang diberikan Tuhan
Remaja
oh remaja
Ikutilah
diari Nabi Muhammad S.A.W
Bagaimana
perjalanan hari-harinya
Bagaimana
baginda menangani hidupnya
Bacalah
sedalam-dalam kisahnya
Pasti
kau akan menemui penawarnya
Untuk
menjadi generasi belia
Untuk
menjadi tunggak negara
Untuk
menjadi harapan bangsa
Untuk
menjadi pewaris negara
Untuk
menjadi bakal pemimpin negara
Yang
terbaik di masa akan datang!!!