Datanglah Semangat

17 Jun 2013

Bersatu Jua Akhirnya


Satu suara tangisan bayi bergema di dalam bilik bersalin di Pusat Bersalin Suhaini dan Poliklinik 24 jam di Banting pada pukul 3.00 pagi. Bertambah lagi keturunan Nabi Adam. Ibunya menarik nafas lega. Beban yang dikandung selama 9 bulan akhirnya telah selamat keluar dari rahimnya.
Saat ini, tiada perasaan gembira atau teruja dengan kelahiran itu. Ketika dia mula mengetahui dirinya hamil dari benih yang tidak diketahui asal usulnya, sejak itu dia mula merasakan hidupnya gelap dan musnah. Pernah juga dia terfikir hendak membunuh kandungan itu, tapi dia masih ingat pada agama. Dia tahu menggugurkan kandungan itu salah dan berdosa besar.
Kerana itu, dia membenarkan kandungan itu membesar dari rahimnya sehinggalah kelahiran ini. Walaupun begitu, saat hamil dia tidak pernah mengambil peduli tentang kesihatannya dan juga kandungannya. Hanya Suzanna yang mempedulikan kandungannya itu. Bila Suzanna melihat dirinya asyik termenung dan terlupa untuk makan, Suzannalah yang memujuknya sehingga dia terpaksa menurut arahan itu.
Kalau diikutnya, memang dia tidak mahu mempedulikan langsung. Tapi, memandangkan tubuhnya bersatu dengan janin itu, maka dia merelakan jua. Dia juga tak mahu kesihatan dirinya turut terjejas. Selepas ini, dia perlu kuat untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.
Doktor wanita yang menyambutnya ada memberitahu sesuatu tapi dia tak berapa dengar dengan jelas. Mungkin tenaganya sudah berkurangan akibat meneran tadi menyebabkan tubuhnya tidak bermaya. Perlahan-lahan matanya terkatup.
Kepalanya terasa berpusing. Dia memegang kepala sambil cuba membuka mata dengan perlahan. Di mana dia sekarang? Kenapa dia boleh berada di sini? Dia cuba mengingati apa yang berlaku tapi fikirannya masih belum mampu mencerna dengan sebaiknya. Dia cuba memejam mata tapi terbuka semula bila melihat senyuman mekar di bibir Suzanna yang baru masuk. Dia tersenyum pada gadis itu.
"Kau dah sedar?" Soal Suzanna sambil berdiri di tepi katil.
"Kenapa aku berada kat sini?" Tanyanya lemah sambil cuba bangun. Arinya terasa sedikit ngilu. Suzanna cuba membantu membetulkan kedudukan Amirah kepada menyandar.
"Kau tak ingat ke apa yang berlaku malam tadi?" Amirah mengeleng. Dia benar-benar tidak ingat apa yang berlaku.
"Alhamdulillah. Kau dah selamat bersalin. Baby perempuan" Amirah mengangguk perlahan. Rupanya, itu sebabnya dia boleh berada di hospital ini. Dia memegang perutnya. Benar! Perutnya pun sudah kempis dan tidak lagi menanggung beban itu.
"Kau nak tengok tak? Nanti aku boleh suruh nurse bawa baby kau ke sini?"
"Tak payahlah. Aku... tak ada rasa nak tengok budak tu... apatah lagi nak memegangnya" Suzanna mengeleng.
"Sampai hati kau cakap macam tu. Diakan anak kau. Dia darah daging kau. Walau kau tak pernah ingin pun, dia tetap anak kau sampai bila-bila" Suzanna mula bersyarah.
Amirah memejam mata. Memang benar kata-kata Suzanna itu. Tapi sekarang, dia benar-benar tidak ingin melihat bayi itu. Dia takut nanti bila melihat budak itu dia semakin membenci bayi yang tak berdosa itu. Mungkin cara itu adalah terbaik buat masa ini. Dia juga tidak mahu peristiwa yang berlaku hampir setahun itu yang telah dilupakannya masih kembali menghantuinya.
------------------------------------------
Amira Dayana menyanyi kecil sambil mengayuh basikal warna 'pink' kegemarannya. Suaranya sangat merdu. Itu yang dikatakan ibu dan sepupunya. Memang kembang habislah hidungnya bila ada yang memuji begitu.
Dia masih lagi mendendangkan lagu Siti Nurhaliza, bukan cinta biasa. Dia memang peminat Dato' Siti dan minat menyanyi sejak kecil lagi. Tapi, tak adalah sampai mahu masuk Akademi Fantasia ke Mentor ke? Minat menyanyi hanyalah sekadar suka - suka.
Pit! Pit!
Kereta dari arah belakang membunyikan hon secara tiba-tiba menyebabkannya terkejut sehingga dia tidak dapat mengawal basikalnya. Akibat itu, basikal dengan tuannya sekali masuk ke dalam sawah. Bajunya yang putih menjadi comot akibat lumpur yang terpalit.
"Apalah punyer orang! Suka suki dia aje buat aku terkejut sampai masuk dalam kubang. Lepas itu, enak-enak aje dia pergi begitu saja. Sekurang-kurangnya minta maaf. Dasar orang tak ada hati perut" Bebelnya sendirian sambil memandang kereta dihadapannya yang sudah menjauh dengan sebal.
Perlahan-lahan dia bangun dan mengangkat basikalnya naik semula ke atas jalan.
"Kesiannya kat kau Pinky, dah tak jadi pink dah badan kau ni" Pinky nama gelaran basikal kesayangannya.
Dalam perjalanan bibirnya tidak henti-henti membebel tentang kejadian tadi.
-----------------------------------------------------------
Zambri memandang kereta jenis Toyota Vios warna hitam masuk ke halaman rumahnya. Siapa pula yang datang?
Mulutnya ternganga sebaik melihat tetamu yang baru keluar dari kereta itu.
"Oit, kalau kau terkejut sekalipun tutuplah mulut tu. Masuk lalat baru tahu"
Sebaik ditegur, pantas bibirnya terkatup.
"Apahal mimpi kau datang ke sini? Kalau tak ada hal mesti kau tak ada masa nak datang ke sini kan?" Soal Zambri bertubi-tubi tanpa memberi peluang tetamunya itu untuk naik.
"Kau ni. Bagilah aku naik dulu. Kau tak kesian kat aku datang dari jauh ni?" Tetamu itu sedikit terasa.
Zambri tersengeh-sengeh.
"Naiklah. Jauh ke? Aku rasa tak adalah sampai berbulan-bulan kau nak sampai ke sini?" Zambri loyar buruk. Tetamunya itu hanya mencebik sambil melangkah naik ke rumah kayu itu.
Zambri bersalaman dengan tetamunya dengan cara mereka tersendiri. Trademark yang selalu dibuatnya ketika di kampus dahulu masih lagi digunakan walau telah meninggalkan kampus sekitar tiga tahun dahulu.
"Tell me why Megat Safwan come here secara mengejut ni?" Pertanyaan itu kembali semula ditanya.
Megat Safwan terlebih dahulu mengeluh sebelum dia menjawab pertanyaan kawan sekuliahnya sewaktu di kolej dahulu.
"Aku datang ke sini memang ada tujuan. Kau pasti terkejut dengan apa yang aku nak cakap ni?" Zambri mendengar dengan penuh minat.
"Aku datang ke sini nak cari... calon isteri" Lambat-lambat dia mengatakan tujuan asalnya. Zambri ternganga dan tak lama selepas itu dia ketawa berdekah-dekah. Megat Safwan memasam mukanya.
"Lawak ke apa yang aku cakap?" Perlahan-lawan ketawanya mengendur bila melihat wajah Megat Safwan yang benar serius.
"Tak. Aku geli hati sebenarnya. Sejak bila Megat Safwan Megat Badrulzaman ni sudah pandai hendak mencari calon isteri? Setahu aku, kau hanya jadikan perempuan ni hanya tempat untuk berseronok. Bersuka ria je" Waktu di kampus dahulu, Megat Safwan memang terkenal dengan kaki perempuan. Biasalah anak orang kaya. Dan perempuan memang suka mengambil kesempatan ke atas lelaki kaya.
"Itu cerita lamalah. Aku pun dah berubah dan aku dah bertaubat tak nak mainkan perempuan lagi. Kau pun tau kan? Perempuan-perempuan tu semua bukannya mahukan aku sangat diorang mahukan duit aje" Zambri mengangguk mendengar penjelasan Megat Safwan.
"So, kau nak aku buat apa? Kat kampung ni, aku tak tahulah siapa yang layak untuk digandingkan dengan kau?" Sambil itu, Zambri berfikir gadis yang layak untuk digandingkan dengan temannya itu.
"Kau carilah siapa-siapa pun. Asalkan aku dapat jadikan perempuan tu sebagai isteri aku, sudah"
"Nampaknya kau dah kemaruk nak kahwin ni?" Zambri mengusik.
"Tak adalah kemaruk sangat. Sebenarnya aku dah bosan dengan mama aku yang nak jodohkan dengan anak kawannya. Kau masih ingat Suhaila?" Soalnya.
Zambri berfikir gadis yang disebutkan Megat Safwan tadi. Kemudian, mengangguk sebaik menangkap seraut wajah yang cantik tapi sayang seksi dan gedik habis. Dia sendiri pun tidak berapa sukakan gadis itu.
"Sekarang seksi dan gedik lagi ke?" Soalnya ingin tahu perkembangan gadis itu. Sudah berubah atau sama saja.
"Kalau dia sudah berubah Alhamdulillah. Tapi, gediknya tu semakin menjadi-jadi bila dia tahu mama aku nak jodohkan aku dengannya. Aku sejak dulu memang tidak berkenan dengan dia apatah lagi dengan perangainya"
"Okay, kau nak suruh aku cari yang macam mana? Tinggi, rendah, kurus, gemuk?" Zambri menyatakan ciri-ciri gadis yang mungkin diinginkan oleh Megat Safwan.
Megat Safwan tidak menjawab tapi matanya memandang ke arah sesuatu. Zambri turut sama memandang.
"Terbeliak biji mata. Aku cucukkan baru tau. Jadi, Kassim selamatlah kau" Megat Safwan pantas mengecilkan matanya.
Zambri cuba menegur gadis yang membawa basikal menuju ke halaman rumahnya yang hanya sebelah rumahnya saja.
"Mira, kenapa dengan baju kau tu? Kau mandi lumpur erk sampai comot macam tu sekali?" Amira Dayana memberhentikan langkahnya. Dia memandang Zambri bersama dengan tetamu yang tidak dikenalinya. Mungkin kawan Zambri.
"Banyaklah kau mandi lumpur. Ada orang hon aku sampai aku terjatuh dalam kubang sawah tu. Bukannya nak minta maaf. Terus larikan diri macam tu" Sisa marahnya masih berbaki.
"Kau tahu ke siapa? Cakap kat aku. Biar aku kungfu dia dengan kuasa Jet Li aku ni?" Ujarnya sambil menggempal penumbuk. Buat-buat marah.
"Tak payahlah. Aku pun tak kenal dia. Maybe, bukan orang sini kot. Tak palah Zam. Aku naik dululah. Nak bersihkan diri" Amira Dayana meminta diri. Dia cuba memandang ke arah tetamu atas lambung rumah Zambri. Tapi, wajah tetamu itu sedikit menyorok.
Zambri mengangguk.
"Itu kawan kau ke?"
"Yup. Kawan sekuliah dulu. Dia datang nak bercuti" Amira Dayana mengangguk. Langkahnya terus diatur dan membawa basikalnya ke bawah bangsal.
Semasa tiba di muka pintu rumahnya, baru dia perasan kereta yang tersadar di hadapan halaman rumah Zambri sama dengan kereta yang hampir melanggarnya tadi.
"Mungkin aku silap kot" Dia mengangkat bahu dan terus masuk ke dalam.
"Siapa tu?" Soal Megat Safwan setelah bayang gadis itu sudah tiada.
Kecut juga perutnya tadi. Nasib baik gadis tu tak perasan.
"Itu sepupu aku. Amira Dayana namanya" Terang Zambri.
"La! Sepupu kau ke?" Megat Safwan sedikit terkejut dan kemudian tersengeh-segeh. Teringat dengan kata-kata Zambri tadi.
"Ya lah. Sepupu aku. Yang kau terkejut lepas tu tersengeh-sengeh macam tak cukup garam ni kenapa?" Soal Zambri pelik dengan tingkah kawannya. Sihat ke tidak ni?
"Ahh.. aku dah tahu. Kaukan yang.. " Zambri belum habis ayat terus Megat Safwan menyampuk.
"Aku tak sengaja okay. Lagipun, aku nak cepat. Kalau aku tahu itu sepupu kau, sumpah aku akan berhenti dan meminta maaf dari dia masa tu jugak" panjang lebar dia menerangkan sekaligus cuba mempertahankan dirinya.
"Tau pun takut. Kalau dia tahu kau yang buat dia sampai macam tu, aku tak tahulah dia akan maafkan kau atau tidak. Tapi, kau jangan risau hati dia sebenarnya lembut. Dan aku rasa baik kau minta maaf dari dia cepat-cepat sebelum dia tahu kau yang buat dia macam tu. Susahlah kau nanti" Tanpa diketahui oleh Megat Safwan, sekejap tadi dia sudah merencana satu idea.
"Kenapa pulak susah?" Megat Safwan terangkat kening. Zambri hanya tersenyum panjang.
"Nanti aku perkenalkan kau pada dia" Zambri tidak menjawab pertanyaan tetamunya itu.
----------------------------------------------------------------------
Keesokannya, waktu petang Zambri pergi ke rumah Amira Dayana dan membawa Megat Safwan sekali ke rumah sepupunya itu.
Amira Dayana masuk ke dalam wad yang menempatkan pesakit. Setelah berpuas hati dan menulis sesuatu di atas kadbod warna biru pekat itu, dia keluar dari wad tersebut dan menuju ke arah kaunter.
"Yana... ada orang nak jumpa kau" beritahu Aimi sebaik Amira Dayana sampai ke arahnya.
"Siapa?"
"Tu..." Tunjuk Aimi dengan bibirnya ke arah seorang lelaki yang memakai baju T-shirt warna merah pekat yang sedang berada di ruangan menunggu.
Sebaik melihat lelaki itu, dia mendengus. Apa lagi la yang mamat ni nak? Sebelum dia nampak aku, baik aku lari dulu.
"Aku pergi dululah Aimi. Kalau dia tanya aku jawab aku tengok pesakit yer"
Sebelum sempat Aimi bertanya, Amira Dayana sudah melangkah. Tapi langkahannya terhenti bila lelaki itu memegang tangannya.
"Apa ni? Lepaslah" Amira Dayana sedikit menjerit tapi masih dalam nada perlahan. Baru aje nak lari dah kena tangkap.
Megat Safwan melepaskan tangannya. Dia bukan sengaja. Itu tindakan drastiknya sebaik ternampak kelibat Amira Dayana tadi dan gadis itu cuba lari darinya sejak dua minggu yang lalu setelah dia menyatakan hasratnya.
"Kenapa dengan awak ni? Awak macam nak lari dari saya aje?" Soalnya separuh kecewa. Dia bukannya nak buat apa-apa pun. Dia cuma mahu berkawan saja.
Amira Dayana mengeluh perlahan.
"Apa lagi yang awak nak? Kan saya dah kata dua minggu lalu, saya dah maafkan awak. Tapi itu tak bermakna kita boleh berkawan okay. Cukuplah awak kejar saya. Saya rimaslah. Tau tak?" Amira Dayana meluahkan rasa tidak selesanya.
"Okay, saya minta maaf kalau saya buat awak rasa tidak selesa. Saya cuma nak berkawan dengan awak. Nak mengenali awak dengan lebih dekat. Itu aje. Tak kan nak berkawan pun tak boleh?" Zambri kata hati gadis ini lembut, tapi ini lembut apanya. Nak berkawan pun tak boleh.
"Bukan tak boleh. Tapi, saya memang 'tak' boleh berkawan dengan awak dan mana-mana lelaki pun." tegasnya. Dia sudah serik berkawan dengan lelaki. Kerana hal yang satu itu menyebabkan dia berhati-hati dalam memilih lelaki sebagai kawan. Tapi Zambri lain. Zambri sudah tahu siapa dirinya dan Zambri tidak kisah siapa pun dirinya. Mungkin kerana dia dan Zambri berkawan sedari kecil lagi.
"Tapi, kenapa?" Megat Safwan masih ingin tahu kenapa walaupun dia sudah tahu hal yang sebenarnya. Dia ingin mendengar dari mulut gadis itu sendiri.
"Saya tak ada jawapan pada pertanyaaan awak. Saya ada tugas lagi. Saya pergi dulu" Amira Dayana melangkah meninggalkan Megat Safwan yang terkulat. Dia melihat langkah kaki Amira Dayana semakin laju.
"Saya akan tunggu awak. Saya tak kisah siapa pun awak...." Laungnya. Dia sudah tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.
Amira Dayana tetap melangkah dan tidak berpaling walau sesaat.
'Semua orang cakap tidak kisah tapi akhirnya dia ditinggalkan juga'
-----------------------------------------------------------------
Hampir sebulan Megat Safwan tidak melayan dirinya. Sudah putus asakah lelaki itu? Itulah jual mahal sangat. Lepas tu mulalah rasa rindu dengan kata-kata dan madah pujangga dari lelaki itu, desis hatinya.
Dia berguling-guling atas katilnya sambil menanti mesej atau call yang datang. Sesekali matanya mengerling telefon Samsung GT-S3850 warna pink miliknya. Keluhan pula dilepaskan. Kadangkala rasa menyesal pula membiarkan mesej dan call lelaki itu tidak bersambut sebelum ni.
"Amira Dayana, kau sekarang ni dah macam cacing kepanasan. Gelisah tak tentu pasal. Sekarang mulalah rasa rindu. Padan muka kau." Kata pada dirinya sendiri.
Dua bulan Megat Safwan bermesej dengannya dan callnya tapi satu pun tidak dipedulikannnya. Tapi dalam hati dia sebenarnya suka walau kadangkala dia terasa rimas. 
Bukannya dia tidak mahu ambil peduli tentang lelaki itu, tapi hatinya yang menghalangnya dari berbuat begitu. Dia tak mahu sejarah lalu berulang. Dulu, dia pernah berkawan dan hampir bertunang, tapi dengan izin Allah ia tidak berlaku. Mungkin benar jodohnya dengan lelaki itu tiada. Tapi, penyebabnya adalah asal usulnya sehingga menjadi punca perpisahan. Kerana itu, dia tekad tidak akan ada cinta lagi untuk insan yang bernama lelaki.
Dia hanyalah manusia biasa. Walau sejauhmana dia cuba melupakan cinta itu, dia tetap tidak akan dapat melupakan cinta yang mana cinta itu adalah fitrah semulajadi manusia.
Sekarang ini, cinta itu datang lagi. Dia yakin dia benar-benar telah jatuh cinta dengan Megat Safwan. Tapi, mampukah cinta itu boleh dibawa ke alam realiti? Dia sedar dia hanyalah seorang gadis yang tidak punya apa-apa, lahir pula dari benih yang tidak tahu asal usulnya. Dapatkah lelaki itu menerimanya seadanya?
Sekali lagi keluhan dilepaskan. Tiba-tiba nada lagu 'Cinta Bukan Biasa' dari telefonnya menarik perhatiannya. Hatinya bersorak keriangan sebaik melihat nama si pemanggil. Tiba-tiba hatinya berdetak seribu. Kali ini dia mesti mengangkat panggilan itu kalau tidak selepas ini mungkin dia akan kehilangan lelaki itu selama-lamanya.
Perlahan dia bangkit dan perlahan-lahan tangannya menggapai telefon. Lambat-lambat dia menekan butang hijau.
"Hello. Waalaikumussalam. Tak mengganggu pun. Awak call ada apa yer?" Balasnya satu persatu. Senyumannya mekar bak bunga ros merah. Rindu benar dia akan suara itu.
"Ohh... tahniah. Waalaikumussalam" Suaranya bergetar mengucapkan kata itu. Tanpa sedar, matanya bertakung kemudian perlahan-lahan menuruni pipinya yang mulus.
Betapa kecewanya hati. Betapa remuknya jiwa. Saat ini, dia benar-benar sudah kehilangan lelaki itu. Ingatkan akan ada sesuatu yang akan mewarnai hidupnya. Rupanya ia hanya menghancurkan dan meranapkan angan-agan yang tak kesampaian.
Dia menyembamkan wajahnya ke bantal. Di situ, air matanya tertumpah. Akhirnya, lelaki itu akan berkahwin juga dengan wanita pilihan ibunya. Kalau itu yang boleh membuatkan Megat Safwan gembira dia rela melepaskan lelaki yang mula bertakhta di hatinya.
-------------------------------------------------------------------
Dua bulan kemudian...
"Mira, kau nak pergi tak perkahwinan Megat Safwan. Dia berharap sangat kau dapat datang ke majlis perkahwinanya" Sekali lagi Zambri cuba mengajak Amira Dayana. Mana tau sepupunya itu akan berubah fikiran.
Amira Dayana mengeleng. Dia takut dia tidak akan dapat melepaskan lelaki itu kalau dia pergi.
"Kau pergilah. Aku tak nak ganggu majlis diorang." katanya lemah. Kelopak matanya berat. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata itu dari terus keluar.
"Betul ni tak nak pergi?" Amira Dayana mengangguk perlahan.
"Okay, aku pergi dulu." Zambri melangkah kemudian berpaling semula memandang wajah Amira Dayana yang keruh. Setitis air mata jatuh di pipi gadis itu. Apakah maksud itu?
---------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum...?" Seseorang dari luar memberi salam. Suzanna yang kebetulan berada di ruang tamu menjenguk dari muka pintu. Rupanya Megat Safwan yang datang. Kenapa lelaki itu berada di sini? Bukankah hari ini perkahwinan lelaki itu? Semalam Amira Dayana memberitahunya yang Megat Safwan akan berkahwin hari ini.
"Ohh... Safwan. Dah habis ke...?" Sebelum sempat Suzanna menghabiskan ayat, Megat Safwan menyampuk.
"Mak cik, Amira ada kat rumah tak?" Soalnya laju. Sudah tidak sabar dia hendak menemui gadis itu. Ingin mendengar dari mulut gadis itu sendiri. Betulkah gadis itu turut menyintainya?
Sebaik dia tahu, Amira Dayana mula menyukainya melalui Zambri sebelum akad perkahwinannya pagi tadi terus dia datang ke sini. Kalau dia tahu selepas semuanya selesai pasti dia akan menyesal buat selama-lamanya.
"Ada. Nanti mak cik panggilkan. Safwan naiklah dulu" Suzanna mempersilakan Megat Safwan naik. Selepas itu, Suzanna masuk ke bilik anak gadisnya.
Amira Dayana sedang membalikkan tubuhnya di atas katil. Dia merapati Amira Dayana dan duduk di sebelah anaknya. Dia mengurut lembut rambut Amira Dayana yang separas pinggang itu. Amira Dayana seorang gadis yang tabah. Tabah dalam menghadapi kehidupan yang kurang sempurna tanpa ayah dan ibu kandungnya.
Alhamdulillah. Gadis itu dapat menerima dirinya seadanya. Tapi, dia tahu dalam hati itu penuh dengan perasaan sedih, terluka, kecewa. Tidak mungkin seorang anak yang lahir dari benih yang tidak sah tidak terusik perasaannya.
Dia sudah menganggap Amira Dayana seperti anaknya sendiri. Dia berikan anak itu penuh dengan kasih sayang agar anak itu tidak berasa tersisih. Begitu juga dengan pelajaran agar Amira Dayana berjaya seperti orang lain. Ternyata anaknya itu berjaya sehingga menjadi seorang nurse. Kerana tanggungjawab, sehingga kini dia masih belum berumah tangga walaupun umurnya sudah masuk 48 tahun.
Dia melihat Amira Dayana menyapu air matanya. Dia pasti Amira Dayana kecewa. Mungkin sekejap lagi kekecewaan anaknya akan terubat dengan kehadiran Megat Safwan yang secara tiba-tiba itu.
"Ada orang nak jumpa Mira. Jom kita keluar?" ajak Suzanna lembut tapi Amira Dayana mengeleng. Tak ada mood hendak menemui sesiapa.
"Jomlaa... Kesian dia tunggu lama. Dia benar-benar nak jumpa Mira tu." Suzanna masih berusaha memujuk. Akhirnya, Amira Dayana menggangguk.
"Ibu pergi buat air dulu yer. Nanti, Mira keluar pakai tudung erk." Sekali lagi Amira Dayana mengangguk.
Amira Dayana bangun dan menuju ke cermin. Melihat matanya. Tak nampak sangat merah. Setelah berpuas hati, dia mencapai kain tudung dalam almari dan perlahan-lahan menapak ke ruang tamu.
Terkejut dia saat melihat Megat Safwan. Lelaki itu buat apa kat sini? Bukankah hari ni perkahwinan lelaki itu? Dia berdehem kecil dan terus mengejutkan Megat Safwan.
Megat Safwan berpaling dan melihat Amira Dayana. Dia tersenyum pada gadis itu. Rindu dia pada wajah itu. Apa tidaknya, sudah hampir lima bulan mereka tidak bersua muka.
Mereka berada di lambung rumah. Di situ, mereka berdua meluahkan perasaan masing-masing. Cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan kerana di antara kedua-duanya penuh dengan perasaan cinta yang menggunung.
Sedang mereka berbual, datang seorang gadis dengan pakaian pengantin memanggil kuat nama lelaki itu. Di wajahnya jelas perasaan marah yang menggunung. Dan marahnya semakin menyala melihat bakal suami tersayang dengan gadis lain.
"Megat Safwan??? Apa semua ni? Sampai hati you tinggalkan I sebelum majlis akad tu berlangsung. You telah memalukan I tahu tak?" Jerit gadis itu kuat tanpa menghirau penduduk sekeliling yang mungkin mendengarnya.
Megat Safwan turun kemudian menyabarkan Suhaila. Memang dia bersalah kerana meninggalkan majlis akad nikahnya tanpa sebab. Amira Dayana hanya mampu memandang dua orang manusia itu. Sekejap lagi pasti dia akan disalahkan. Kerana dia, perkahwinan kedua-dua manusia itu dibatalkan.
"Suhaila, I'm sorry okay. Kita tak boleh teruskan perkahwinan tu. Youkan tahu I langsung tak pernah cintakan you. I harap you faham" Suhaila mengeleng.
"Yes, I know you does'nt love me. But I love you Megat Safwan. I love you" Suhaila masih  cuba memujuk Megat Safwan. Dia memegang lengan lelaki itu. Air matanya dikeluarkan sedikit agar Megat Safwan bersimpati dengannya.
Dari mula lagi dia sudah merancang semuanya. Dia mahukan lelaki itu bertanggungjawab ke atas kandungannya walau lelaki itu tidak pernah melakukannya. Hanya Megat Safwan sahaja yang layak jadi pak sanggupnya. Kerana itu, dia sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah memerangkap lelaki itu sehingga lelaki itu sanggup mengahwininya setelah meyakini bahawa anak dalam kandungannya adalah dari benih lelaki itu.
"Please, Suhaila. Forget about that. I'm so sorry" Suhaila melepaskan tangan lelaki itu kasar.
Amira Dayana tidak mampu melihat air mata itu. Dia dapat merasa bagaimana perasaan seorang wanita apabila cintanya tidak diterima kerana dia juga seorang wanita. Amira Dayana cuba untuk menyelesaikan masalah itu. Dia rela Megat Safwan kembali pada gadis yang bernama Suhaila itu kerana cintanya itu tetap kukuh walaupun lelaki itu tidak pernah dimilikinya. Jika Megat Safwan gembira, dia akan turut sama gembira.
Dia turun dan menjauh sedikit dari pasangan itu.
"Safwan, awak baliklah pada dia. Saya dengan awak belum ada apa-apa ikatan. Lainlah dia yang bakal awak kahwini. Awak kembalilah pada dia" ujar Amira Dayana telus. Sesungguhnya dia tidak sanggup melukakan hati seorang wanita semata-mata kerana seorang lelaki. Biarlah dia menderita asalkan orang lain bahagia.
Megat Safwan memandang Amira Dayana penuh dalam. Tidak percaya gadis itu sanggup memulangkan dia pada Suhaila sedangkan Amira Dayana tahu bahawa dia tidak pernah menyintai Suhaila.
"Mira, apa yang awak cakap ni? Saya tak boleh teruskan perkahwinan tu. Saya hanya cintakan awak Amira Dayana."
Suhaila mengesat air matanya kasar.
"Ooo... baru I tahu kenapa you tinggalkan I pagi tadi. Rupa-rupanya, you tidak mahu teruskan perkahwinan kita sebab you dah jatuh cinta dengan anak luar nikah ni, kan?" Suhaila menuding jari pada Amira Dayana. 
"You tak tahu ke dia anak luar nikah, hah?"
Suzanna terkejut. Megat Safwan terkejut. Dan Amira Dayana lagi terkejut. Bagaimana gadis itu tahu dia anak luar nikah? Suzanna mendapatkan anaknya. Memeluk anaknya. Megat Safwan memandang semula Amira Dayana. Melihat reaksi Amira Dayana yang jelas terkejut dan air mata gadis itu mula bertakung di kelopak mata. Sesungguhnya dia tak sanggup melihat air mata Amira Dayana.
Tanpa sedar, tangan kanannya menampar pipi Suhaila. Kuat. Suhaila pantas memegang pipi kanannya yang ditampar tadi. Suhaila mencerlung tajam pada Amira Dayana. Sanggup Megat Safwan menamparnya semata-mata dia menghina anak luar nikah itu.
"Shut up you mouth. I know about that. Walaupun dia anak luar nikah, tapi dia lebih baik dari you. You ingat I tak tahu apa yang you buat dengan jantan tu... hah? Lepas tu you perangkap I? You nak I malukan you depan semua orang? Nak? Please, Suhaila. Baliklah" Jangan ingat dia tidak tahu apa yang berlaku di sebalik rancangan perkahwinan itu?
Semalam, ada seseorang telah beritahunya tentang siapa bapa pada kandungan Suhaila. Kejadian yang berlaku tiga bulan lepas adalah rancangan Suhaila untuk memerangkapnya. Dia percaya bulat-bulat dengan kata-kata Suhaila sehingga dia sanggup untuk menikahi Suhaila. Tapi, Allah itu Maha Adil. DIA tunjukkan semuanya sehinggalah pada cinta Amira Dayana.
Suhaila jadi penasaran bila Megat Safwan cuba membongkarkan rahsianya.
"Argh..." Suhaila bertempik. Dia mengangkat kaki dari situ. Seorang wanita yang sebaya dengan Suzanna hanya dipandangnya sekilas. Masuk ke dalam keretanya dan terus menderum pergi.
"Mama... " Megat Safwan sedikit terkejut dengan kehadiran mamanya. Suzanna yang mendengar Megat Safwan memanggil wanita yang telah lama dikenalinya itu turut terkejut. Rupanya Megat Safwan anak kepada Amirah. Wanita yang telah membuang darah dagingnya sendiri.
Kejadian yang berlaku 25 tahun dahulu kembali terlayar.
"Aku tahu. Tapi, ak... aku tak mampu Su. Aku tak boleh jaga budak tu. Kalau kau nak budak tu kau amiklah. Kalau kau tak nak, kau buang je dia kat mana-mana" Dengan berpaling ke arah lain, dia menuturkan perkataan yang tidak sepatutnya dia ucapkan.
"Amirah? Kenapa dengan kau ni? Astaghfirullahalazim. Amirah, kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Suzanna menengking Amirah. Tidak percaya Amirah sanggup berkata begitu. Itu bermakna Amirah cuba untuk membuang bayi yang tidak berdosa itu.
"Aku sedar Su. Cukup-cukup sedar. Kalau kau tak nak, kau letaklah dia kat rumah kebajikan mana-mana? Asalkan budak tu tak berada di hadapan aku" Amirah tetap dengan keputusannya. Suzanna sudah tidak tahu untuk berkata bagaimana lagi. Kalau ibunya sendiri sudah tidak inginkan apa lagi yang boleh dia perbuat.
"Okaylah kalau itu yang kau nak. Aku pun dah tak mahu paksa kau lagi. Aku tak jamin suatu hari nanti kau akan jumpa atau tidak budak tu lagi"
Selepas kejadian hari itu, Suzanna tidak pernah menemui Amirah lagi. Hubungan mereka berdua selepas itu putus begitu sahaja. Membawa haluan masing-masing. Tapi hari ini, dengan takdir mereka bertiga bertemu semula dalam suasana yang penuh berbeza.
"Ibu... kenapa bu?" panggil Amira Dayana bila melihat ibunya memandang tanpa berkelip pada mama Megat Safwan seolah-olah mereka berdua telah lama kenal.
"Ahh... tak ada apa. Safwan ajaklah mama Safwan naik ke atas. Maaflah rumah buruk aje... Puan?" Suzanna cuba berlagak macam biasa. Seolah tidak mengenali dengan wanita yang tidak berapa jauh dengannya.
"Datin Amirah. Panggil Amirah aje" Suzanna mengangguk.
---------------------------------------------------------------------
Keempat-empat manusia itu berdiam diri. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.
"Datin Amirah, Megat Safwan jemputla minum. Saya nak ke dapur sekejap" Suzanna cuba meminta diri. Tidak betah untuk berada di situ lama-lama. Lebih-lebih lagi bila berada dalam keadaan yang tidak bersedia dalam pertemuan yang tidak disangka itu.
Dia cuba melangkah tapi kakinya pantas dipaut. Megat Safwan dan Amira Dayana terpinga-pinga dengan kelakuan Datin Amirah. Semuanya tertanya apa yang telah berlaku?
"Maafkan aku... Su. Aku menyesal di atas apa yang telah berlaku. Maafkan aku... Su" Datin Amirah teresak di situ.
Suzanna menarik nafas seketika. Rasanya hari inilah hari pembuka dan penutup segala cerita. Dia pun sudah tidak sanggup untuk menyimpannya lama. Dan Amira Dayana perlu tahu siapa ibu kandungnya yang sebenar.
"Kau tidak perlu meminta maaf dengan aku sebab kau tak pernah melakukan apa-apa yang salah pada aku. Tapi, kau perlu meminta maaf dengan anak kandung kau sendiri" tegang suaranya berkata begitu. Suzanna pasti Amira Dayana akan terkejut dengan apa yang dikatakannya nanti.
"Siapa anak aku Suzanna? Cakaplah siapa anak aku? Aku nak minta maaf dengan dia. Aku nak minta ampun dengannya kerana sengaja membuang dia dari hidup aku. Siapa dia Su?" Amirah terdesak ingin tahu siapa anaknya. Dua tahun selepas kejadian di wad dulu, dia selalu bermimpi tentang anaknya. Selepas itu, hatinya selalu tidak tenang. Tak lama selepas itu, baru dia menyesal kerana membuang anak yang tidak berdosa itu.
"Kau minta maaflah dengan... Amira Dayana. Dialah darah daging kau yang sebenarnya" Amirah terkejut. Megat Safwan terkejut. Amira Dayana lagi terkejut. Rupanya mama Megat Safwan adalah mak kandungnya yang sebenarnya.
"Dia anak aku...?" Soalnya sebaik dia dapat menangkap wajah Amira Dayana. Dia memandang gadis itu dengan penuh dalam. Bila diteliti, gadis itu ada sedikit irasnya.
Amirah mendapatkan Amira Dayana yang kaku. Amirah pantas memeluk kemas anak itu. Sudah bertahun-tahun dia mencari anak itu, akhirnya hari ini dia dapat menemuinya juga dan sempat untuk meminta maaf.
"Maafkan... mama, Amira. Maafkan... mama. Mama benar-benar minta maaf dan ampun kerana membuang Amira dari hidup mama. Mama menyesal sayang..." Amira Dayana merasa sebak dengan pengakuan itu. Sesungguhnya dia teramat merindui mak kandungnya.
Megat Safwan hampir menitiskan air mata. Sesungguhnya dia bersyukur, kerana mama tirinya dapat menemui anak kandungnya semula. Pada mulanya, dia marahkan mamanya kerana membuang anak yang tidak berdosa itu tapi lama-kelamaan dia dapat menerima setelah dia yakini bahawa mamanya benar-benar menyesal dengan kesilapan lampaunya. Dia sangat menyayangi mamanya seperti ibu kandungnya sendiri. Sejak lahir lagi, dia telah kehilangan ibu kerana ibunya mati sebaik sahaja melahirkannya.
Suzanna turut menitiskan air mata. Sesungguhnya dia bersyukur kerana Amira Dayana dapat menemui mak kandungnya semula. Amira Dayana cuba membalas rangkulan hangat mamanya. Air mata kegembiraan perlahan-perlahan mengalir turun ke pipinya.
‘Biarkan perkara lepas berlaku. Yang perlu diingati sekarang adalah masa depan’
‘Masa silam adalah masa silam. Masa depan adalah masa depan. Tidak perlu mencampuradukkannya kerana masa silam akan merosakkan masa depan’

~TAMAT~

Korban Cinta Hadim

Di bawah pohonan rhu sepasang pasangan saling membisu. Angin petang yang membias tidak dihiraukan. Masing-masing mendiamkan diri. Suasana sepi menyelubungi mereka kecuali ombak yang berderu-deru memukul pantai. Syafiqa menguis-nguis pasir dengan kakinya sambil merenung jauh ke dada langit. Waktu siang sudah hendak melabuh tirainya. Rasanya dalam setengah jam lagi.

Hadim pula masih memeluk tubuh. Sejak mereka datang mereka masih belum mengeluarkan satu patah perkataan pun. Masing-masing menunggu siapa yang harus memulakan bicara. Sudah penat menunggu Hadim memulakan kata, Syafiqa mula bersuara. Cuba mengalah. Kalau mereka masih begitu alamatnya sampai ke esok belum tentu mereka akan bersuara. Biarlah dia memulakan dulu walaupun hatinya amat sakit dengan ayat penyata yang keluar dari mulut Hadim seminggu yang lalu.

"Awak tetap jugak nak memutuskan pertunangan kita?" Serentak soalan itu meluncur dari bibir kecilnya dia berpaling pada Hadim yang masih memeluk tubuh.


Terdengar keluhan dari bibir kemerahan itu. Salah satu perkara yang dia suka pada Hadim, Hadim tak suka merokok. Tak pernah sekalipun dia melihat Hadim merokok bila mereka keluar bersama. 


Hadim berpaling pada Syafiqa. Dia memandang Syafiqa yang berwajah sayu. Tiada lagi wajah manis yang selalu Syafiqa tunjukkan setiap kali mereka keluar bersama. 


Dia sebenarnya sukar untuk membuat keputusan ini tapi dia terpaksa membuat keputusan begitu. Permintaan dari seseorang yang sudah menjadi arwah patut dia tunaikan. Dia tak mahu menjadi orang yang pentingkan diri sendiri. 


Dia sayangkan Syafiqa kerana Syafiqa mampu membuatkan hidupnya ceria. Dia bertuah memiliki Syafiqa. Dia terlalu cintakan Syafiqa. Tak sanggup dia untuk berpisah dengan Syafiqa tapi bila dia teringat dengan permintaan kakaknya dua bulan yang lalu dia rela menepikan perasaan itu. Bila melihat keadaan abang iparnya yang tak terurus selepas kematian kakaknya dia jadi kasihan lebih-lebih lagi kasihan pada kedua-dua anak saudara kembarnya yang tidak dapat merasai belaian kasih ibu.

Dia tahu Syafiqa seorang yang sukakan kanak-kanak. Dia pasti Syafiqa mampu untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak saudaranya. Sebab itulah kakaknya meminta dia melepaskan Syafiqa kerana kakaknya juga bersependapat dengannya.

Kakaknya takut anak-anaknya nanti mendapat pengganti yang salah dan lebih bimbang anak-anaknya di dera oleh ibu tiri. Bila difikirkan balik betul juga apa yang dikatakan oleh kakaknya itu. Di dada akhbar seringkali memaparkan kes penderaan. Dia tidak mahu anak-anak saudaranya turut menerima nasib yang sama.

Walaupun hatinya sukar untuk melepaskan Syafiqa kerana permintaan itu dia sanggup membuang rasa sukar itu. Demi masa depan anak-anak saudaranya dia rela melepaskan gadis kesayangannya. Hadim menarik nafas mengumpul sedikit kekuatan untuk memberitahu keputusannya yang perit untuk dikatakan.

"Yup saya tetap nak putuskan pertunangan kita" Sebaik berkata dia memandang ke langit. Cuba menyembunyi rasa kesedihan.

Syafiqa hanya mengangguk lemah sambil air mata dikit demi dikit mengalir ke pipi gebunya. Dia tak tahu nak kata apa lagi. Semua keputusan terletak di tangan keluarga lelaki. Tak kan dia mahu merayu kepada Hadim supaya menarik balik kata-kata itu. 

"Baikla kalau itu yang awak nak. Saya setuju awak putuskan pertunangan kita" Katanya dalam sedu-sedan. Hanya itu yang mampu diucapkannya. Ingin sekali dia menyapu air mata si gadis kesayangan tapi tangannya tetap kaku. Dia membiarkan Syafiqa menyapu sendiri air mata kekecewaan. Seketika...

"Nah" Syafiqa menghulurkan cincin pertunangan mereka yang baru sahaja dikeluarkan dari jari manisnya pada Hadim. Tiada guna lagi dia menyimpan cincin ini. Biarlah cincin ini kembali pada tuannya semula. Hadim masih di posisi yang sama. Dia membiarkan Syafiqa menghulurkan cincin tanpa menyambutnya.

"Kenapa awak tak nak amik cincin nih. Amikla. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi kan. Buat menyemak aje kalau saya simpan cincin nih" Katanya sedikit keras sambil menyindir.

Geram dengan Hadim yang masih membiarkan tangannya menghulurkan cincin itu. Dia mencapai tangan kiri Hadim dan meletak cincin itu dalam tangan Hadim. Hadim tidak terasa dengan kata-kata itu. Memang benar apa yang Syafiqa kata. Bukan dia tak mahu mengambil cincin itu tapi cincin itulah akan dia gunakan untuk melamar Syafiqa bagi pihak abang iparnya nanti.

Sebaik cincin itu berada dalam genggamannya dia berpaling pada Syafiqa. Kini, giliran Hadim pula menghulur cincin itu. Syafiqa buat macam Hadim sebentar tadi. Nak tergelak Hadim dengan tingkah Syafiqa yang meniru tingkahnya tapi cuba disembunyikan.

"Awak amikla balik cincin ni" Kata Hadim lembut. Syafiqa mengerut dahinya. Tidak faham mengapa Hadim masih mahu dia menyimpan cincin itu.

"Nak buat apa? Awak simpan ajelah cincin tu. Nanti nak kahwin tak payah cari cincin lain lagi. Tak perlu membazir" Katanya menyindir Hadim lagi. Hadim menarik nafas. Seberapa banyak pun Syafiqa menyindir dia tak kan terasa. Lebih-lebih lagi pada orang yang dia sayang.

"Awak sindirlah saya seberapa banyak awak nak sindir. Saya tak kan terasa. Lepaskanlah segala kemarahan awak pada saya. Kalau awak nak pukul saya pukullah. Pukullah seberapa banyak awak nak. Saya rela tubuh saya cedera sebab awak. Kalau awak nak bunuh saya pun saya benarkan" Panjang lebar Hadim berkata.

Berubah wajah Syafiqa saat Hadim menyebut perkataan membunuh. Kalau sindir dengan pukul bolehlah lagi tapi kalau dah membunuh dah lain jadi. Tak pasal-pasal dia mati aku masuk penjara.

"Apa awak ni? Agak-agak la... awak ingat saya ni pembunuh ke nak membunuh orang. Tak pasal-pasal awak mati saya yang masuk penjara" Hadim sudah tersenyum. Sayang lagi rupanya kat aku.

"Sayang lagi awak kat saya yer?" Hadim cuba mengusik. Dia tahu Syafiqa marah tadi. Sebab itu Syafiqa menyindir segala. Dia memang tak terasa pun dengan kata-kata Syafiqa tadi.

"Dah awak tak sayangkan saya?" Soalan dijawab dengan soalan. Berubah air muka Hadim. Nak mengena Syafiqa dia sendiri yang terkena.

Syafiqa memandang tepat ke anak mata Hadim. Ingin mengetahui isi hati Hadim yang sebenarnya. Sekali lagi Hadim mengeluh. Hadim duduk atas pasir. Syafiqa turut duduk di sisi Hadim sambil merenung wajah lelaki yang telah bertakhta di hatinya semenjak empat tahun yang lalu. Tiba-tiba kenangan lama menerjah di ruang mata. Kali pertama Hadim melamarnya untuk menjadi kekasih. Bila teringat dia tersenyum.

"Kenapa tersenyum sorang nih?" Tegur Hadim tiba-tiba. Pantas Syafiqa mengeleng. Mata Hadim kembali terarah  pada ombak yang memukul pantai.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak sayang awak. Kalau saya tak sayang awak tak kanlah kita bertunang kan"

"Kalau awak sayang saya kenapa awak putuskan pertunangan ini" Terkena lagi. Hadim mengeluh lagi. Mamat nih berapa kali nak mengeluh agaknya. Dia mendiamkan diri seketika.

"Saya putuskan pertunangan ini bukan sebab saya dah tak sayangkan awak. Saya benar-benar sayangkan awak. Saya benar-benar cintakan awak. Seboleh-bolehnya saya nak kahwin dengan awak tapi..." Hadim berhenti di situ. Hadim meraup mukanya berkali-kali. Syafiqa memandang Hadim sambil menunggu kata yang seterusnya. Tiba-tiba Hadim bangun. Dia pun turut bangun.

"Tapi apa?" Soalnya. Tak sabar Hadim meyambung bicara.

"Jomlah kita balik dulu. Dah gelap dah ni. Nanti dalam kereta saya sambung lagi" Syafiqa mengjongket bahu. Dia mengekori langkah Hadim menuju ke kereta.
****************
"Along, lambat balik. Mentang-mentanglah keluar dengan tunang sampai tak ingat nak balik rumah dah"  Usik Syazuna adik keduanya atau panggilan angah sambil menguyah maggi yang dimasaknya sebentar tadi.

"Kau tau apa. Busy body jer. Makan tu dulu sampai habis. Nanti tercekik baru tau" Syazuna tersengih mendengar kata alongnya. Syafiqa mengatur langkah ke tangga. Dia memanjat tangga dengan lemah. Macam mana dia nak memberitahu mak ayahnya nanti. Apakah mak ayahnya boleh terima dengan cadangan Hadim.

"Ahh..." Tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulutnya tanpa sedar.

"Kenapa along?" Tanya angah sebaik mendengar keluhan kuat alongnya. Muka terkejut angah tunjukkan.

"Tak ada apala" Syafiqa hanya tersengih pada Syazuna.

"Along ni buat terkejut orang aje la"

Setelah siap makan malam, Syafiqa duduk di ruang tamu sambil menonton berita tv3. Dia memandang mak dan ayahnya silih berganti. Angah tak ada duduk dalam bilik barangkali. Study atau bergayut tak tahula tu.

"Mak, ayah along ada sesuatu nak beritahu mak ngan ayah ni" Kata Syafiqa lambat-lambat. Serentak itu mak ayahnya berpaling.

"Apa dia?" Soal emak.

"Erm... sebenarnya... emm ... macam nih... tadi Hadim mintak ... pu..." Tersekat-sekat dia hendak beritahu. Takut sebenarnya takut kedua ibubapanya marah. 

"Sebelum tu, mak ngan ayah kena janji mak ngan ayah jangan marah bila along beritahu ni" Puan Madiah dan Encik Rahim saling berpandangan. Pelik dengan kata-kata along.

"Along nak cakap apa? Siap kena janji lagi ni?" Soal ayah pula.

"Mak ngan ayah kena janji dulu. Kalau tak along tak nak bagitahu" Menggugut pulak aku ni.

"Iye! kami janji. Cakapla apa benda penting sangat tu" Jawab emak bagi pihak ayah. Siap kena janji mesti along ada buat salah ni, detik hati Puan Madiah.

"Sebenarnya... petang tadi Hadim mintak putus" Laju sahaja kata itu keluar. Kedua-dua mak ayahnya saling berpandangan.

"Kenapa pulak Hadim tiba-tiba mintak putus nih" Soal ayah sedikit meninggi. Syafiqa sudah menelan air liur.

"Tadi ayah dah janji tak nak marah. Janganla marah ayah" Pujuk Syafiqa.

"Abang ni. Cuba dengar dulu apa yang along nak cakap. Mesti ada sebab Hadim mintak putus. Along bagitahu mak kenapa Hadim mintak putus" Bela emak. Muka ayah sudah kendur kembali.

"Hadim mintak putus sebab... dia nak menunaikan permintaan arwah kak Wawa" Sekali lagi mak ada ayah menunjuk riak hairan. Tiba-tiba masuk nama arwah kak Wawa.

"Apa yang arwah minta? Sampai terpaksa korbankan ikatan kamu..." Puan Madiah tidak faham kenapa arwah meminta begitu.

"Hadim kata... arwah kak Wawa minta Along bernikah dengan Abang Zaril"

Mak dan ayah saling berpandangan. Terkejut dengan apa yang didengari sebentar tadi. Dia juga terkejut bila Hadim bagitahu itu permintaan Kak Wawa bila mereka berada dalam kereta tadi. Setelah Hadim menerangkan barulah dia faham kenapa Hadim minta putus. Hadim juga berada dalam kesukaran untuk membuat keputusan sebenarnya. Hadim terjerat dalam perangkap permintaan arwah dengan ikatan pertunangan mereka.

"Mak tak paham. Cuba along jelaskan lagi" Syafiqa mengeluh.

"Arwah tak mahu anak kembarnya jatuh pada orang yang salah kalau abang Zaril nak cari pengganti. Sebab itu dia minta Hadim putuskan pertunangan dan biarkan Along ambil alih tugas arwah kerana arwah tahu hanya along yang layak untuk jadi penggantinya dan menjadi ibu untuk anak-anaknya" Terang Syafiqa panjang lebar. Barulah Puan Madiah mengerti. Encik Rahim juga mengangguk faham.

"Angah juga layak along" Tiba-tiba Syazuna menyampuk. Entah bila mek ni berada kat sini pun tak tahu.

"Angah... tak baik menyampuk hal orang tua. Pergi masuk dalam" Tegur emak. Angah sudah menarik muka bila di tegur.

"Yalah... yalah angah masuk. Along, angah pun setuju kalau along terima abang Zaril. Abang Zaril pun kacak apa?" Sebaik sampai di anak tangga ke tiga angah bersuara lagi.

"Angah... " Giliran ayah pula menegur.

"Ok ok. Angah masuk dalam"

"Along macam mana? Along setuju ke dengan cadangan Hadim?" Soal Puan Madiah. Syafiqa sekali lagi mengeluh. Kenapalah manusia suka sangat mengeluh yer (jawab pembaca).

"Tak taulah mak. Tapi tadi Hadim dah melamar along bagi pihak abang Zaril. Along belum bagi lagi jawapan. Along kena fikir dulu. Abang Zaril pun sekarang dah tak terurus mak. Kembar tu pun mak cik Ramlah yang jaga. Abang Zaril sekarang ni betul-betul dah tak macam dulu. Asyik teringat dekat arwah jer. Kesian kat kembar tu"

Kasihan dia bila mendengar Hadim bercerita pasal abang Zaril tadi. Ingin sahaja pergi marah dekat abang Zaril kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak-anak. Kerana dia anak-anak menjadi mangsa.

"Mak pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Along fikir dulu semasak-masaknya. Mak ngan ayah terima jer apa keputusan along. Kan bang?" Ayah hanya mengangguk. Setuju dengan kata-kata emak.

*******************
Sebaik masuk ke dalam rumah, dia menapak di ruang tamu. Puan Ramlah sibuk mengulit Nadia dan Naqib yang sedang lena tidur di dalam kelambu. Tak menang tangan dia menjaga kembar ini.

Kembar itu baru berusia dua bulan. Dua bulan itulah anak keduanya meninggal sebaik melahirkan kembar. Kini, dia yang menjaga kedua kembar itu. Ayahnya tak tahulah. Asyik dengan dunianya. Asyik mengingati arwah isterinya. Bukan sahaja kena jaga cucu menantu sekali dia jaga.

Dulu Zaril tinggal rumah sendiri tapi setelah kematian Wawa dia mengajak Zaril tinggal bersama. Tak kan nak biarkan kembar itu tinggal dengan ayahnya. Alamatnya tak terjagalah budak berdua tu. Lihatlah pula pada Zaril yang tak terurus. Diri sendiri tak terjaga nak jaga anak pula bukannya sorang tapi dua. Jadi, biarlah dia susah sedikit. Lagipun siapalah yang ada dalam rumah ni hanya dia, Hadim dan Najiha jer. Kalau ramai lagi meriah.

Semenjak dia jaga cucu-cucu rumahnya agak ceria. Puan Ramlah memandang anak ketiganya yang sudah menyandar di sofa. Tampak keletihan bercampur raut wajah kekecewaan. Dia tahu kenapa.

"Macam mana?" Soal Puan Ramlah. Hatinya terasa perit untuk beritahu. Menyempitkan dadanya. Dirinya sukar untuk menerima hakikat bahawa ikatan antara dia dengan Syafiqa sudah tiada lagi. Nak salahkan Kak Wawa kerana membuat permintaan yang sebegitu tak mungkin kerana kakaknya sudah menjadi arwah. Nak salahkan Tuhan juga tak mungkin kerana Tuhan tahu apa yang baik dan buruk untuk dirinya. Hadim meraup mukanya. Doanya moga Allah sentiasa berikan dia ketabahan dan ikhlas dalam pengorbanannya.

"Hadim dah putuskan pertunangan tadi. Dia boleh terima tapi pasal permintaan Kak Wawa tak taulah dia setuju ke tak nanti. Dia kata nak fikir dulu. Hadim harap dia dapat tunaikan permintaan Kak Wawa" Puan Ramlah hanya mengangguk.

Sekali lagi Hadim meraup mukanya. Dia tahu Syafiqa berat untuk menerima. Dalam kereta tadi pun, Syafiqa terus-terusan menolak tapi dipujuk juga Syafiqa tapi akhirnya Syafiqa berjaya juga dilembutkan. Yang dipinta Syafiqa hanya masa. Memang itu yang sebaiknya. Dia tak boleh terlalu memaksa Syafiqa untuk menerima. Kalau dia berada di posisi Syafiqa itu jugalah yang akan dia pinta.

"Mudah-mudahan. Achik janganlah terlalu memaksa Fiqa. Bagi dia masa untuk berfikir. Kalau dia tidak dapat  menerima kita tak boleh nak buat apa-apa. Macam mana dengan mak ayah Fiqa?"

"Tak tahula mama. Fiqa kata dia akan slow talk ngan mak ayah dia nanti. Harap-harap mak ayah Fiqa dapat merestui permintaan Kak Wawa. Abang Zaril kat mana mama?" Hadim mengalih topik sambil bangun menuju ke arah dua baby yang sedang lena tidur di buai mimpi. Barangkali la tu.

Dia tak mahu membincangkan lagi hal ini. Tunggu aje Syafiqa memberitahu keputusannya. Barulah ingin mengungkit kembali hal ini. Alangkah bahagianya kalau dia berada di tempat baby itu. Menjadi baby selamanya. Tak perlu memikirkan masalah - masalah yang timbul.

"Achik.. janganlah kacau baby-baby tu. Tadi baru jer tidur. Penat mama nak pujuk supaya tidur. Asyik menangis jer" Puan Ramlah menepuk kecil lengan anak ketiganya yang sedang mengacau. Cuit mulutla. Cuit  hidungla. Semakin di marah semakin di kacaunya.

"Comel kan anak-anak kak ngah. Tapi sayang, tak sempat kak ngah nak tengok anak-anaknya lahir" Ujar Hadim sayu.

Puan Ramlah memandang kembar-kembar tu dengan wajah sayu. Juga kasihan melihat. Tiba-tiba air matanya bergenang. Teringat saat anaknya masih hidup. Dikesatnya kembali air mata. Tidak mahu terusan bersedih. Orang yang telah pergi biarkan pergi. Orang yang masih hidup perlu teruskan hidup.

"Abang Zaril kamu tu tak tahulah macam mana. Asyik terperap dalam bilik aje. Ajak makan tak nak. Nak jenguk anak-anak apatah lagi. Abang kamu tu macam mayat hidup dah mama tengok. Tak terurus. Kalau Abang Zaril kamu tu dapat pengganti Kak Ngah tak lah dia terusan teringat kat arwah. Terjaga jugaklah budak berdua tu nanti bila dia dah kahwin nanti"

"Achik pun fikir macam tu jugak. InsyaAllah ma. Achik akan cuba pujuk Fiqa. Hanya Fiqa aje calon yang sesuai menjadi pengganti Kak Ngah sebagaimana yang Kak Ngah harapkan sebelum ni" Puan Ramlah hanya menggangguk. Harap-harap Syafiqa dapat menerima.

******************
Dua minggu kemudian...

Hari ini Syafiqa berada di rumah Hadim. Hadim yang menjemputnya tadi. Hadim membawanya ke sini untuk melihat keadaan bakal suaminya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Hadim dua minggu lalu.

Abang Zaril dah tak macam orang. Orang gila adalah kot. Astaghfirullahalazim Fiqa. Jaga sikit mulut tu. Hatinya berbisik. Hati jahatnya pula menyambung. Memang betul apa yang aku kata. Rambut panjang. Misai berterabur. Macam orang gila betul. Macam orang dalam hutan pun ada jugak. Mengucap Fiqa orang yang kau kata itu akan jadi suami ko nanti. Sory yer hati baik terlupa dia bakal jadi suami aku nanti.

Dia merapati Abang Zaril yang termenung di tingkap. Wajah yang menderita itu dipandangnya dengan penuh kasihan. Kasihan sungguh dirasakannya. Apa tidaknya. Diri tak terurus. Wajah yang kacak bertukar jadi hodoh. Sampai begitu sekali penangan arwah.

Walaupun sudah masuk dua bulan Abang Zaril masih belum bisa menerima hakikat bahawa wanita yang dicintai sepenuh jiwanya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ini membuktikan bahawa Abang Zaril betul-betul sayangkan Kak Wawa. Kalau tak sayang tak adalah dia jadi macam nih sekali.

Matanya dipandang pula pada makanan yang tidak berusik di meja sisi. Pasti Abang Zaril masih belum makan lagi, hatinya berdetik. Dicapainya talam yang berisi nasi dan lauk campur dan duduk di sisi Abang Zaril. Diceduknya nasi dengan sudu lalu disuakan pada Abang Zaril. Abang Zaril masih termenung merenung langit yang cerah. Membiarkan wanita di sebelahnya menghulurkan nasi.

Dia tahu siapa yang datang kerana pagi tadi Hadim sudah memberitahunya yang Syafiqa akan datang menjenguknya. Dia juga sudah tahu Hadim sudah memutuskan pertunangan mereka dan dia tahu Syafiqa sudah menerima lamarannya. Dia malu. Malu pada Syafiqa dan malu pada semua yang ada dalam rumah ni.

Terus dipandangnya langit yang cerah tapi dia sedikit pun tidak terkuit dengan alam ciptaan Tuhan. Yang diingati sekarang ini hanya bayangan wajah Wawa. Tanpa Wawa hidupnya tidak terasa lengkap walaupun dia sekarang sudah mempunyai anak-anak sebagai pengganti Wawa. Baginya itu tidak sama.

Sejak dua bulan itu, hatinya tidak terasa ingin memeluk anak-anaknya hatta menjenguknya. Dunianya hanya di sekitar dalam bilik ini. Yang didengari hanya suara anak-anaknya menangis. Dia tahu anak-anak memerlukannya tapi dia tidak gagah untuk sama-sama mengharungi bersama anak kembarnya.

Bukan dia menyalahkan anak kembarnya tapi dia masih tidak mampu melupakan seraut wajah insan yang paling disayangi dan dicintai sepenuh hatinya. Dia kalau boleh mahu menggantikan nyawanya dengan Wawa. Biar dia lenyap dalam dunia ini.

Lagipun dia sudah tiada mak ayah. Hanya Wawa dan keluarga ini yang menjadi keluarganya. Air mata lelakinya kembali lagi menghiasi ruang kelopak mata. Dia masih tidak mampu untuk menghalang air mata itu dari keluar. Betapa rapuhnya hati seorang lelaki apabila kehilangan cinta yang terlalu kuat.

Syafiqa kembali meletak sudu dalam pinggan nasi. Hatinya tiba-tiba tersentuh melihat air mata seorang lelaki pada dasarnya seorang yang ego. Tapi, berhadapan dengan Abang Zaril tiada keegoan yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Tidak segan silu membuang egonya di hadapan seorang wanita.

Berbeza dengan Hadim, dia tahu Hadim sedih dengan perpisahan mereka tapi Hadim sedaya upaya mempertahankan egonya. Dia ingatkan semua lelaki suka menunjukkan ego tapi ternyata dia silap. Rupanya hati seorang lelaki juga akan rapuh bila benteng keegoannya pecah.

"Abang Zaril makan yer. Mak Cik Ramlah kata abang tak makan lagi sejak semalam. Fiqa suapnya?" Ujarnya sambil menyenduk kembali nasi lalu disuakan pada Abang Zaril. Abang Zaril masih tetap begitu.

Di celah pintu Hadim memandang dengan penuh perasaan cemburu. Antara kau dengan Syafiqa sudah tidak ada hubungan lagi. Buat apa lagi kau harus cemburu. Kau sendiri yang mahu melepaskan dia semata-mata kau mahu menurut permintaan arwah Kak Wawa. Jadi, kau tak layak untuk terus cemburu. Lepaskanlah dia dengan rela hati. Hati baiknya berbisik.

Yer, aku tak layak. Kenapa harus aku cemburu? Ya Allah, jangan biarkan perasaan cemburu menguasai aku. Aku ingin ikhlas dalam pengorbanan ini. Dia menjauh dari pintu bilik abang Zaril. Tidak mahu menambahkan lagi perasaan cemburu itu.

Kesabarannya sedikit tercabar dek kebisuan abang Zaril. Ingin sahaja dia memarahi abang Zaril kerana membiarkan dia menghulur sudu itu. Tapi disabarkan hati. Dia sekarang berada di rumah Hadim. Dia perlu menjaga batas perlakuannya. Dia meletak kembali sudu dan talam tadi di meja sisi. Dia pasti abang Zaril tak kan makan walaupun dipujuk beribu kali. Nak pujuk orang tua berbeza dengan pujuk budak-budak.

"Tak apalah kalau abang Zaril tak nak makan. Yang susah abang Zaril jugak kan. Tak apalah abang Zaril. Fiqa dah nak balik. Fiqa datang sini nak jenguk dan berbual-bual dengan abang Zaril tapi kalau abang Zaril asyik duk membisu macam ni lebih baik Fiqa balik. Ah.. sebelum Fiqa balik, Fiqa nak basuh kepala abang Zaril sikit.."

"Fiqa nak abang Zaril ingat kak Wawa telah amanahkan pada Fiqa untuk jaga abang Zaril dan anak-anak abang Zaril. Jadi, dua bulan akan datang Fiqa tak nak abang bersedih macam nih lagi"

"Fiqa tak nak abang Zaril teringat dekat arwah lagi. Abang Zaril kena ingat kak Wawa tak kan 'pernah' kembali lagi walaupun abang Zaril menangis air mata darah sekalipun. Kita sebagai manusia harus terima hakikat bahawa semua manusia yang hidup atas muka bumi ini pasti akan mati cuma kita tidak tahu ajal kita bila"

"Macam arwah kak Wawa ajalnya sudah sampai sebab itulah Allah ambil nyawa dia. Allah sayangkan dia. Kalau abang Zaril sayangkan kak Wawa abang Zaril harus lupakan arwah. Baca doa dan yassin untuk arwah moga rohnya tenang di alam sana bukannya abang Zaril menderita kat sini" Ceramahnya panjang lebar. Dia menekankan perkataan 'pernah' agar abang Zaril sedar bahawa arwah isterinya tak kan pernah kembali lagi.

Dipandang seketika wajah abang Zaril. Abang Zaril tetap membisu. Air mata masih menghiasi ruang matanya. Terkesankah abang Zaril dengan kata-katanya ini.

Di dudukinya tepi katil dan menarik nafas. Dia mahu membasuh kepala abang Zaril dengan sebersih-bersihnya.

'Terasa kering pulak tekak ni bila bercakap banyak. Baik aku minum dulu. Dia bukannya nak minum pun. Daripada masuk cicak lebih baik aku minum'Di capai air masak atas talam lalu meminumnya. Seketika dia menyambung lagi.

"Mulai sekarang Fiqa nak abang Zaril fikirkan pasal anak-anak. Jangan biarkan mereka hilang kasih seorang ayah pula setelah mereka kehilangan kasih ibu"

"Mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Kasihanla pada anak-anak kecil abang Zaril tu. Kasihanla jugak pada mak cik Ramlah yang sanggup jaga anak-anak abang Zaril"

"Abang Zaril, dengarlah nasihat Fiqa ni. Jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri. Selagi abang Zaril biarkan rasa kesedihan itu menguasai diri selagi itulah kesedihan akan terus mengikuti abang Zaril"

"Maafkan Fiqa kalau apa yang Fiqa cakap ni mengguris hati abang Zaril. Fiqa harap abang Zaril berubah dan kembali macam dulu. Kalau kak Wawa masih hidup pun, dia pasti kecewa dengan abang Zaril. Pasti kak Wawa tak mahu tengok abang Zaril bersedih macam nih"

"Itu jer Fiqa nak cakap. Tak apalah abang Zaril Fiqa nak balik dulu. Abang Zaril ingatlah kata-kata dari seorang yang akan menjadi pengganti arwah isteri abang Zaril ni. Assalamualaikum..."

Dia mencapai beg sandangnya di atas katil dan hendak berlalu dari situ. Sudah cukup rasanya dia membasuh kepala abang Zaril. Terpulang pada abang Zaril samaada hendak menerima atau tidak kata-katanya. Sampai di muka pintu, abang Zaril memanggilnya. Dia berhenti dan tak jadi melangkah keluar.

**************
Dua bulan kemudian...

"Aku terima nikahnya Syafiqa Binti Rahim dengan mas kahwin rm 200 tunai" Dengan sekali lafaz sahaja Syafiqa sah menjadi isteri Zaril Bin Zalman. Selepas habis ijab qabul Zaril menghampirinya untuk membatalkan air sembahyang.

Hadim hanya mampu memandang bekas tunangannya menjadi milik orang lain. Sepatutnya hari inilah hari bahagianya bersama Syafiqa. Perkahwinannya dengan Syafiqa. Tapi sekarang tiada guna lagi untuk menyesal kerana dia sendiri yang membenarkan Syafiqa menjadi milik abang iparnya. Hadim bangun. Tidak mahu melihat Syafiqa dikucup mesra oleh Zaril. Tidak mahu hatinya bertambah cemburu.

Syafiqa memandang Hadim yang sedang menuju ke muka pintu masjid. Sedari tadi dia memerhati wajah Hadim yang sayu. Dia tahu Hadim kecewa. Tapi dia tak boleh nak lakukan apa-apa sebab ini juga sebahagian rancangan Hadim.

Zaril sedang menghampirinya lantas dia berpaling pada Zaril. Zaril menurun lututnya lalu mencium dahinya. Syafiqa dan Zaril hanya tersenyum cuma. Tiada rasa untuk lebih gembira pada hari yang bahagia ini.

Malamnya...

Semua tetamu yang hadir sudah bersurut pulang. Kecuali pihak pengantin lelaki yang sebahagiannya masih ada. Puan Ramlah masih berbual dengan ahli keluarga Syafiqa.

Hadim pula tercongok di luar rumah. Melihat bintang di dada langit yang berkilauan. Malam yang gelap bisa cerah bila diterangi dengan pancaran bulan dan bintang. Betapa agungnya ciptaan Tuhan. Begitulah juga dengan apa yang di alaminya kini. Semua yang berlaku itu adalah aturan Tuhan. Takdir Allah.

Sebagai manusia dia hanya mampu pasrah dan redha dengan apa yang telah ditentukan. Hadim mengeluh sambil meraup mukanya berkali-kali. Hadim berpaling sebaik menyedari seseorang sedang menyentuh bahunya. Dia tersenyum pada Zaril. Zaril duduk bertentangan dengannya di meja bulat.

"Abang nak minta maaf pada Hadim. Kerana abang Syafiqa terpaksa menjadi milik abang" Zaril rasa serba salah. Kerana permintaan arwah isterinya, Hadim terpaksa membatalkan pertunangannya dengan Syafiqa.

"Tak apalah abang. Itu juga permintaan dari arwah Kak Wawa. Hadim sebagai adik patut menunaikan permintaan kakak kandung Hadim kan"

"Tapi, Hadim boleh menolak bila Kak Wawa meminta Hadim buat macam tu. Ini melibatkan perasaan Hadim dan Syafiqa. Yang menjadi mangsa Hadim dan Syafiqa jugak. Abang rasa serba salah sangat bila pertunangan Hadim diputuskan" Bicara Zaril sedikit emosional.

"Tak perlulah abang nak rasa bersalah. Hadim redha abang. Anggap ajela Hadim dengan Syafiqa dah tak ada jodoh. Hadim cuma harapkan abang jagalah Syafiqa sebaik-baiknya sebagaimana abang jaga arwah Kak Wawa sebelum ni. Syafiqa seorang yang baik. Bertuah abang memilikinya. Hadim yakin Syafiqa mampu menjadi isteri dan ibu yang baik pada abang ngan anak-anak abang" Giliran Zaril pula mengeluh. Tak lama selepas itu dia mengangguk.

"Terima kasih Hadim. Hadimlah adik abang dunia akhirat. InsyaAllah abang akan jaga Syafiqa sebaik-baiknya"