Datanglah Semangat

30 Mei 2012

REMAJA OH REMAJA (khusus untuk belia remaja)

Dirimu adalah generasi belia
Dirimu adalah tunggak negara
Dirimu adalah harapan bangsa
Dirimu adalah pewaris negara
Dirimu juga bakal pemimpin negara

Remaja oh remaja
Dirimu akan meniti dewasa
Perjalanan hidupmu semakin penuh berliku
Onak dan ranjau perlu kau lewati
Hadapilah dengan penuh titik kesabaran
Jadikan hidup Rasulullah S.A.W sebagai ikutan
Kerana baginda adalah sebaik-baik contoh teladan

Remaja oh remaja
Diusiamu ini
Hati-hati milikmu akan berlaga-laga
Mana jalan yang harus diikuti
Mana jalan yang patut dihindari
Semuanya terletak di tanganmu
Kau yang berkuasa memandu dirimu sendiri
Tatkala syaitan cuba berbisik
Jangan kau mudah terpedaya
Jangan mudah kau tertewas
Ingatlah kau masih ada akal fikiran yang waras
Bertindaklah mengikut akal yang diberikan Tuhan

Remaja oh remaja
Ikutilah diari Nabi Muhammad S.A.W
Bagaimana perjalanan hari-harinya
Bagaimana baginda menangani hidupnya
Bacalah sedalam-dalam kisahnya
Pasti kau akan menemui penawarnya
Untuk menjadi generasi belia
Untuk menjadi tunggak negara
Untuk menjadi harapan bangsa
Untuk menjadi pewaris negara
Untuk menjadi bakal pemimpin negara
Yang terbaik di masa akan datang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan