Datanglah Semangat

13 September 2013

Betapa Aku Mencintaimu



We’re here on thisspecial day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love

Last forever




Lagu nyanyian Maher Zain Baraka Allahu Lakuma berkumandangdari corong telefonnya. Dia tersedar sebaik terdengar nada dering yang dijadikannada kunci jam yang dibuatnya semalam agar pagi esok dia tak terlewat pergi kekuliah tapi matanya masih memberat untuk di buka. Dia membiarkan lagu MaherZain melolong sendirian. 'Tidurlah sikit lagi' Detik hatinya sambil menarikkembali selimut.
Sekali lagi nada dering berbunyi entah kali yang ke berapa. Dia bangun sambil menggeliat Kemudian di capainya telefon di sisi bantalnya.Dia pantas berdiri sebaik melihat jam angka  7.35 pagi.
"Ya Allah..." Sebutnya sambil menepuk dahi. Wajahnyadikerutkan. "Aku dah terlewat. Macam mana aku boleh tidur balik. Kelas pukul 8. Aduish... Intan... Intan macam mana ko boleh tidur balik... tengoklah kan sekarang ko dah terlewat" Dia mengomel sambil mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Seketika terdengar pancuran air.
Dua minit kemudian...

"Tak kisahla mandi kerbau ke mandi lembu ke asalkanaku cepat siap pergi kuliah... bukannya orang tau pun aku mandi sikit..hahaha..." Perginya dekat almari. Memilih pakaian. 

"Aku nak pakai baju apa nie? Nak pakai baju kurungkena gosok pulak. Pakai ajelah yang semalam punya. Bukannya orang tau pun.Hahaha...” Dicapainya blaus pink dan seluar slek hitam yang disangkut tepipintu bilik lalu disarungkan ke badan. Setelah siap berpakaian, bertudung,berwangian dia  keluar dari bilik mencapai kasut dan berlarian ke foyermenunggu bas ke kuliah.

**********************
Dia menelek jam tangan dengan wajah yang berkerut. Sudahpukul 8.10 minit.  Dah terlewat 10 minit dicampur pula dengan 5 minit.Jumlahnya 15 minit dia terlewat. Dia berlari-lari anak menuju ke dewan kuliahyang mengambil masa 5 minit  hendak sampai ke sana. Sebaik sampai di mukapintu. Nak masuk ke tak? Masuk ke tak? Masuk ajelah. Lebih baik aku tebalkanmuka daripada aku tak dapat ilmu. Aku masuk ke sini nak dapatkan ilmu kan. Baikaku masuk', detik hatinya.
Dia mengetuk pintu. Kemudian ditarik tombol lalu masuk.Masuk dengan wajah yang entah berapa inci.  Takut dan malu bercampur. Diamerasakan semua memandangnya. Di pandangnya wajah pensyarah seketika.
"Maaf, saya terlewat" Ucapnya sedikit gementarsambil menunduk sedikit. Takut bertentang mata dengan lecturer yang kacak lagibergaya tu. Amboi Intan sempat lagi ko yer memuji sedangkan ko sekarang nibagai banduan yang akan dijatuhi hukuman sekejap lagi.  
"Awak nama apa?" Soal En. Haizikry dengan wajah yangserius.
"Nama saya Intan Maisara Binti Izlan" Laju jerdia memberitahu nama penuhnya. Takut punyer pasal. 
"Pergi ambil tempat awak" Mendatar sahaja suaraEn. Haizikry mengarah. Ingatkan nak bagi denda. Ceh! Di ambilnya tempatkepalanya masih lagi tunduk.
"Intan Maisara Binti Izlan" Diangkatnya wajahsebaik nama penuhnya dipanggil oleh En. Haizikry.
"Lain kali sayatak nak awak atau pelajar-pelajar lain masuk lewat ke kelas saya. Kali ini sayamaafkan kesalahan awak sebab ini kali pertama kelas kita bermula untuk sem ini.Lain kali tiada maaf bagimu. Ok, saya nak awak semua tahu, bagi seorang doktorketepatan waktu amat dititikberatkan. Oleh itu, kalau awak semua tak mampuuntuk menepati waktu, saya sarankan pada awak semua tinggalkan program ini atautukar program lain yang tak memerlukan waktu yang tepat. Ok? Faham semua?"Lantang En Haizikry melaungkan mukaddimahnya.  Mukaddimah ke? Bukan ke dari tadi kelas dahmula. Huhu... Intan mengangguk tanda faham. Begitu juga dengan pelajar lain.Nasib baik tak kena marah. Kalau kena marah tak tahulah hendak letak dimanamukanya nanti.
********************
Tiga tahun kemudian...
Intan tersenyum memandang ke arah Haizikry yang sedangmenuju ke arahnya untuk membatalkan air sembahyang. Haizikry turut membalas senyumanIntan. Tak disangka dia akan berkahwin dengan pensyarahnya sendiri. Pandanganpertama dahulu rupanya telah membibitkan bunga-bunga cinta antara mereka.
Haizikry yang segak berbaju melayu teluk belanga berwarnakrim duduk didepannya lalu menyarungkan cincin. Tak lama selepas itu pengantinlelaki menghadiahkan ciuman di dahi pengantin perempuan.
“Terima kasih sayang. I love you” Ucap Haizikry semasamenyarung cincin.
“I love you too” Intan membalas dengan senyuman yang palingmanis.
********************************
Lima bulan selepas mendirikan rumah tangga...
“Sayang... abang hantar sayang yer?” Pinta Haizikry.Bimbang hendak membiarkan Intan yang tak berapa sihat memandu seorang diri kehospital tempat isteri dan dia bekerja.
“Tak payahla bang. Intan boleh pandu sendiri” Intan menolaklembut ajakan suaminya sambil membetulkan tali leher suaminya.
“Kepala sayangkan masih sakit lagi. abang risaulah kalausayang pandu sendiri. Nanti kalau jadi apa-apa?”
“Syhh...” Jari telunjuknya diletakkan di bibir suaminyatatkala Haizikry menyuarakan kebimbangannya.
“InsyaAllah tak ada apa-apa...Allahkan ada untuk jaga Intan. Intan dah ok dah sekarang nih. Abang janganrisau apa-apa ek?” Sambungnya lagi.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Hari ni kan abang ada kelas. Kalauabang hantar Intan, nanti abang terlewat pulak masuk kelas. Sebagai seorangdoktor... ketepatan waktu amat dititkberatkan” Diulang balik perkataan yangpernah keluar dari bibir suaminya tiga tahun lalu.
“Amboi... mengenakan abang balik nampak”
“Haruslah. Abang benarkan tak?”
“Ok. Abang benarkan. Kalau Intan rasa pening ke apa-apa keIntan berhenti tau. Jangan tak berhenti pulak. Ingat ek pesanan abang” Sempatlagi Haizikry memesan. Intan  mengangguktanda ingat pesanan suaminya. Dia menolak sedikit tubuh suaminya apabilaHaizikry masih tegak berdiri macam tunggu sesuatu.
“Mana?” SoalHaizikry bila Intan terlupa sesuatu.
“Mana? Mana apa?” Intan pelik. Intan tersenyum sebaikHaizikry mengetuk pipinya dengan jari telunjuk. Baru dia faham.
“Ohh... terlupa... hehehe” Diciumi pipi suaminya denganpenuh kasih sayang begitu juga dengan Haizikry.
“Sayang... ingat pesanan abang tau?”
“Iye!!!”
*******************************
Satu jam kemudian..
“Waalaikumussalam... Hah? apa? Ok-ok aku pergi sekarang”Terkejut dia bukan kepalang sebaik menerima panggilan cemas. Pelajar dalamkelas berpandangan sesama sendiri.
“Saya ada emergency sekarang. Kita berhenti setakat ini. Kitasambung kuliah minggu depan” Dalam hati semua pelajar bersorak kelasdibatalkan.
“Zamin... macam mana isteri aku sekarang” Terus diabertanya sebaik sampai di wad kecemasan. Zamin seorang doktor bedah a.k.asahabat baiknya setia menunggunya dari tadi.
“Doktor Ilman tengah selamatkan Intan. InsyaAllah... isterikau akan ok. Ko sabar ek?”
“Ini semua salah aku kalau aku hantar dia tadi ... kalauaku tak benarkan dia pandu sendiri... mungkin benda ni tak kan terjadi. Nisemua salah aku. Salah aku Min” Perasaan menyesal tiba-tiba hadir. Air mata lelakinya hampir menitis.
“Astaghfirullahalazim. Mengucap Zik. Kita sendiri tak tahubenda ni nak terjadi. Yang penting sekarang ko kena banyak berdoa... moga Intanselamat dan tak akan ada benda buruk yang berlaku. Ko sabar ek?” Zamin cubamemujuk.
“Aku masuk dulu. Nanti kalau ada apa-apa aku beritahu kobalik. Jangan lupa berdoa. Itu yang sebaiknya. Aku masuk dulu”
“Aku masuk sekali ek” Pinta Haizikry. Dia mahu melihatkeadaan isterinya.
“Tak payahla Zik. Dalam keadaan ko sekarang ni ko tak bolehnak buat apa-apa kat dalam tu. Biar aku ngan Ilman jer yang uruskan. Ko dudukdan berdoa...”
*******************
Setahun selepas kemalangan....
“Abang” Panggil Intan bila suaminya leka menontontelevisyen. Haizikry menyahut. Matanya masih terlekat pada kaca tv.
 “Abang sayangkanIntan lagi tak?” Tiba-tiba soalan itu keluar dari bibirnya. Lantas Haizikrymemandang  ke bawah. Memandang wajahIntan yang berada di ribanya.
“Kenapa Intan tanya macam tu? Mestilah abang sayang.Selama-lamanya abang sayang cintakan Intan. Tau tak?” Ujarnya sambil mencuithidung isteri tercinta.
“Walaupun keadaan Intan macam nih?” Soalnya lagi. Suaminyamengangguk. Selama-lamanya dia sayangkan Intan selalu mencintai Intan walaupunIntan sudah lumpuh.
“Terima kasih abang kerana masih sudi terima Intan walaupunIntan dah lumpuh”
“Ermm... abang teringin nak... anak tak?” Sekali lagiHaizikry memandang Intan. Pelik bila Intan bertanya macam-macam malam ini.
“Abang teringin nak anak tak?” Soalnya sekali lagi bilasuaminya mendiamkan diri.
“Buat masa nih... abang tak terfikir lagi” Katanya sambilmemandang ke kaca tv. Memang dia teringin tapi dia faham keadaan Intan.
“Ye ke? Abang tak pandai nak tipu Intan. Intan tahu.Melihat mata abang pun Intan dah tahu dah. Abang nak anakkan?”
“Intan... abang redha kalau kita masih belum ada rezeki. Sayangtak payah ungkit lagi tentang ni yer. Kalau ada rezeki kita... adala...” Diatidak mahu memaksa. Seketika mereka mendiamkan diri. Intan bersuara lagi.
“Abang... kalau abang nak kahwin satu lagipun... Intanbenarkan?” Terkejut Haizikry bila Intan berkata begitu. Secepat itu ke Intan menyerahkalah. Dia menyandarkan kepala isterinya di kepala sofa. Dia bangun.
“Intan cakap apa ni? Dalam hidup abang... tak pernahterfikir abang nak pasang dua. Seorang pun dah cukup membuatkan abang takterlayan. Ni kan pulak nak tambah satu lagi?” Terkejut dia apabila Haizikry meninggikansuara. Sebelum ini tak pernah suaminya meninggikan suara sebegitu. Mungkinsalah dia juga berkata sesuatu yang suaminya tak suka.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Abang tetap dengan keputusan abangmuktamad”
“Intan lumpuh. Intan mandul. Intan tak dapat bagi zuriatpada abang. Selama-lamnya Intan tak dapat bagi abang anak. Selama-lamanyabang...” Serak suaranya bila menyuarakan suara hatinya. Sebak. Air matatiba-tiba menuruni dari kelopak matanya.
“Siapa kata Intan lumpuh? Siapa kata Intan mandul? Intanboleh sembuh. Intan ingat tak apa yang Doktor Ilman cakap hari tu. Intan bolehsembuh kalau Intan ikut prosedur yang Doktor Ilman bagi. Intan bolehsembuh....”
“Kalaupun Intan sembuh, Intan tak kan dapat bagi abangzuriat. Tak kan abang”
“Siapa kata Intan mandul? Intan tak mandul tau tak? KalauIntan mandul takkan lah Intan boleh mengandung sebelum nih... ” Sudah terlepascakap. Rahsia yang disimpan akhirnya bocor juga. Selepas kemalangan tu takpernah dia bagitahu Intan . Tak mahu Intan  bersedih.
“Apa maksud abang? Intan pernah mengandung sebelum nih?”
“Selepas Intan dibawa ke wad biasa, Doktor Ilman ada cakapyang sayang mengandung 4 minggu... tapi sayang Intan keguguran semasakemalangan tu”
“Kenapa abang tak pernah cakap selama ni? Kenapa bang? Intanpercaya bulat-bulat dengan kata mama yang Intan mandul”
“Owh... jadi semua nih keluar dari mulut mama? Abang taksangka mama sanggup buat cerita yang macam tu? Sekarang Intan dah tahuhakikatnya kan. Abang tak nak Intan ungkit lagi pasal kahwin. Abang tak sukatau tak?” Intan mengangguk. Faham. Kemudian Haizikry menyapu air mata Intan .
**************************
Sembilan bulan kemudian selepas kejadian malam tu...
“Kan abang dah kata Intan pasti sembuh. Semuanya berkatusaha ayang doa kita... yang penting keajaiban dari Allah SWT” Intan mengangguksetuju dengan kata suaminya. Dia benar-benar berterima kasih pada Tuhan.‘Terima Kasih Ya Allah’ detik hatinya.
“Abang, Intan ada satu lagi kejutan untuk abang?” Haizikrypelik. Intan tersenyum lebar.
“Apa dia?” Intan  berbisik sesuatu di telinganya.
“Ye ker sayang? Alhamdulillah...” Senyumannya panjanglebar. Akhirnya usahanya berhasil. Pantas dia memeluk Intan dengan penuh kasihsayang.
“Baby sihat tak? Baby duduk diam-diam tau dalam perutmama... jangan tendang-tendang mama tau.... sayang baby papa nih?” Katanyasambil menyentuh perut isterinya yang sudah 3 bulan.
“Sayang baby je ke?”
“Alalalala... mama cemburu dekat baby sayang... tak sangkamama cemburu orangnyer”
“Takda maknanya nak cemburu... Tak da faedah nak cemburu...kan baby”
“Mama merajuklah pulak... okaylah... selama-lamanya papa babynih sayangkan mama baby... ok tak?” Di akhir kata Haizikry memeluk Intan. Intantersenyum lebar mendengar suaminya berkata begitu.
“Tak cemburu konon” Usik Haizikry. Intan terus menarikmuka.
“Abang nak sayang tau... selagi abang bernafas di bumi ini hanyaIntan seorang yang bertakhta di hati abang. Hanya Intan yang abang cintai.Sekali abang menyintai abang akan terus menyintai orang itu... faham sayang?” Intanmengangguk. Matanya sedikit berkaca. Terharu dengan kata-kata suaminya. Diaberharap moga kebahagiaan ini akan kekal menjadi milik mereka... InsyaAllah... amin...
(Lagu : Betapa Aku Mencintaimu (BAM)                  Lirik : Vagetoz)

betapa aku mencintaimu
dengan sepenuh hatiku
betapa aku menyayangimu
lebih dari yang kau tahuingin ku bahagiakan dirimu
setiap saat bersamaku
seperti janjiku kepadamu
takkan pernah ku ingkari
aku kan selalu ada di dekatmu
aku kan selalu menemani harimu
kau harus tahu 
betapa aku mencintaimu... 
p/s : Sayangilah dan cintailah pasangan kita walau dia sudah tidak berdaya seperti dulu. Sentiasa tunjukkan rasa kasih dan sayang kita padanya. Moga dia tabah menghadapi dugaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan